Pletelet Rich Plasma (PRP)?
Penemuan perubatan terkini telah menemukan sejenis perawatan yang semula jadi untuk memulihkan kesakitan & kecederaan yang dikenali sebagai Terapi Platelet Rich Plasma (PRP). Terapi PRP adalah selamat dan efektif dalam merawat pelbagai jenis kecederaan kulit, otot, tendon dan tulang. Terapi ini sesuai bagi pesakit yang ingin mencuba alternatif selain pembedahan. Rawatan PRP adalah bebas dadah dan menjanjikan tempoh penyembuhan yang lebih singkat.
Terapi PRP menggunakan larutan plasma kaya platelet yang diambil dari sedikit darah pesakit . Platelet dalam darah kita berfungsi membebaskan protein penyembuhan yang dikenali sebagai ‘Growth Factor’. Secara terkumpul, growth factor akan mempercepatkan penyembuhan kecederaan & tisu rosak. Ia meransang proses pemulihan & generasi di kawasan yang menerima rawatan. Oleh itu, penyembuhan mengambil masa yang lebih singkat semulajadi dan bebas risiko.
Terapi PRP adalah popular di antara kalangan ahli sukan kerana ia menjanjikan penyembuhan yang lebih singkat tanpa pembedahan yang berisiko tinggi. Antara ahli sukan yang menjalani Terapi PRP adalah seperti Tiger Woods,Pittsburgh Steelers, Hines Ward dan Troy Palomalu.
Mengapa Terapi PRP?
Tubuh badan kita mempunyai keupayaan yang menakjubkan untuk memulihkan dirinya sendiri. Apabila berlaku sebarang kecederaan, proses penyembuhan semulajadi akan berlaku bagi membaiki tisu-tisu yang rosak. Tubuh akan memberikan isyarat supaya platelet dan komponen lain di dalam darah membaiki kulit, tulang dan tisu-tisu lain yang mengalami kecederaan.
Walaupun begitu, ada kecederaan yang mendapat halangan untuk sembuh kerana kekurangan peredaran darah ke bahagian tersebut.
Dengan kemajuan dalam perubatan, terapi PRP mampu mengekstrak larutan plasma tinggi platelet dan memberikannya terus ke tempat yang ingin di rawat dengan menyuntik larutan platelet yang diambil dari darah pesakit, ia akan mengandakan keupayaan tubuh badan untuk sembuh.
Terapi PRP Dalam Kecantikan
Teknik Terapi PRP yang memasukkan larutan kaya plaletlet / growth factor bantu mempercepatkan pemulihan tisu-tisu yang rosak. Terapi ini mampu merawat kedutan dan kesan parut pada kulit. Dengan menjalani terapi ini, kulit akan kembali tegang, halus dan kesan parut beransur cerah. Pesakit akan tampak lebih muda degan kulit yang kembali remaja. Terapi ini juga dikenali sebagai ‘Vampire Facelift’ di Hollywood dan mendapat sambutan hangat di antara kalangan aktres dan sosialit di sana seperti Angelina Jolie dan Kim Kardashian. Terapi PRP juga boleh meransang penumbuhan rambut baru bagi pesakit yang mengalami masalah keguguran rambut.
SMS MARISSA (jarak) INFO ke 32828
Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484
Shah Alam : 03-55233505 / 013-388 1353
Bangi : 03-8928 9334/ 013-335 1353
Nilai : 012-358 5949
Melaka : 06-317 0412 / 013-228 1353
Kuantan : 017-358 1619 / 09-517 3561
WHATSAPP : 012-608 0159
WEBSITE : marissa-esthetic.com
FACEBOOK : Marissa Aesthetic
WEBSITE : Dr Rushmini
PM kami terus untuk maklumat lanjut:
www.facebook.com/messages/MarissaAestheticHQ
No comments:
Post a Comment