Monday, November 5, 2012

platelet rich plasma (prp)






Stem Cell




Apakah sel stem?

Sel stem ialah Master Cells kerana dari sel utama inilah terbentuknya pelbagai tisu, organ, dan sistem di dalam keseluruhan sistem tubuh kita. Sel stem mempunyai kemampuan untuk berubah menjadi kebanyakan jenis sel atau tisu dalam badan manusia yang lain.
Sel stem adalah sel kosong berbanding dengan sel-sel lain yang bersifat tersendiri seperti sel hati, sel lemak, sel saraf dan sel kulit. Ini bermakna sel stem memiliki keupayaan terbahagi dan menghasilkan lebih banyak sel kosong dan merangsang pembentukan sel-sel lain seperti sel darah merah dan sel darah putih. Darah di dalam tali pusat bayi anda adalah sumber sel stem yang sangat bernilai secara genetiknya unik kepada bayi dan keluarga anda sahaja.

MENGAPA STEM CELL BEGITU PENTING?

Stem sel adalah satu-satunya sel yang memiliki keupayaan untuk memperbaharui dirinya. Stem sel kulit mempunyai fungsi khusus untuk memperbaharui dan memperbaiki kulit. Tubuh merangsang sel-sel kulit untukmenghasilkan protien, karbohidrat dan lipid bagi mengurangkan garis-garis halus dan kedutandisamping mengembalikan dan mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit. Pembahagian stem sel kulit juga penting untuk penghasilan sel-sel kulit yang sihat.

Terdapat dua punca utama untuk sel stem, iaitu:
1. Sel Stem Dewasa: Sel ini boleh diperolehi daripada janin yang gugur, darah tali pusat, sum-sum tulang, darah dan otak. Sel-sel ini kurang mampu bertukar menjadi sel-sel khas berbanding dengan sel stem embrionik. Bilangannya agak kurang dan kadangkala sukar diperolehi (contohnya, daripada bahagian otak dan retina mata)
2. Sel Stem Embrionik: Sel ini diperoleh daripada tubuh embrio yang terbentuk akibat persenyawaan luar (in-vitro fertilisation), ataupun melalui teknologi pengklonan (pemindahan nuklear sel somatik).
Jenis-jenis sel stem pula ialah:
  •  Sel stem Totipotent boleh menjadi apa sahaja jenis sel dalam tubuh termasuk plasenta.
  • Sel stem Pluripotent yang terhasil dalam tempoh empat hari selepas proses penuburan boleh menjadi apa sahaja jenis sel termasuk sel stem totipotent dan sel plasenta.
  • Sel stem Multipotent warisan daripada sel stem pluripotent dan sel lain dalam tisu.
  • Sel stem Progenitor boleh menghasilkan satu jenis sel.

Cantik dengan sel stem

Dalam bidang kecantikan, sel stem yang kita berminat adalah sel stem dewasa. Berbeza dengan sel stem embryonic yang boleh bertukar menjadi apa-apa sahaja sel organ. Sel stem dewasa hanya boleh bertukar menjadi sel-sel tertentu bertujuan merawat sel-sel yang telah rosak atau pupus. Sebagai contoh, apabila sel stem ini disuntik ke bahagian muka, ia boleh memudakan wajah dengan menggantikan sel-sel yang telah tercedera dan rosak. Jika ia disuntik di kulit kepala, ia mampu membuatkan rambut kita lebih lebat dan sihat.

Kecantikan

Stem sel dewasa terdapat banyak di sel-sel lemak, sum-sum tulang dan darah. Dalam bidang kecantikan, doktor menggunakan darah sebagai sumber untuk mendapatkan sel stem. Ia lebih mudah untuk diproses daripada sumber dari lemak atau sum-sum tulang. Doktor selalunya akan mengambil 10cc ke 30cc darah dan diletakkan di dalam tabung uji khas untuk memisahkan serum dan sel-sel darah merah. Setelah menjalani beberapa tahap pemprosesan, serum yang mengandungi sel stem, platelet, dan hormon dihasilkan. Serum ini akan di suntik kembali ke bahagian kulit muka. Apabila kulit muka menerima serum yang mengandungi sel stem dan pelbagai bahan lain, ia akan mula menyembuh dan memudakan kulit muka secara semula jadi. Kulit akan menjadi lebih gebu, bersinar, bersih dan tegang. Untuk mendapatkan hasil yang berkekalan, proses rawatan perlulah diulang setiap dua ke empat bulan.

Adakah ia SELAMAT?

Ya, sudah semestinya kerana kita menggunakan sumber sel stem dari badan kita sendiri. Oleh itu tidak timbul masalah alahan atau kesan samping yang lain.

Adakah ia BERKESAN?

Sudah semestinya. Ini kerana hanya sel stem manusia sahaja boleh digunakan untuk merawat dan memudakan sel manusia. Sel stem buah-buahan contohnya sel stem durian tidak boleh bertukar dan merawat sel manusia. Satu lagi faktor penting adalah sel stem tidak boleh dibotolkan atau disimpan di bawah suhu biasa. Sel stem sama ada disimpan di makmal dengan persekitaran dan suhu tertentu atau diproses dan digunakan serta merta manusia.

Adakah sel stem tumbuhan boleh merangsang sel manusia untuk memperbaiki diri sendiri?

Ada juga kajian yang menunjukkan sebenarnya sel stem tumbuhan ini mengandungi anti oksida yang tinggi untuk memudakan kulit.
Walau apa pun, ada juga yang mengaku bahawa rawatan sel stem tumbuhan berkesan kepada mereka, tetapi kurang pasti kesannya sama ada daripada “bahan” yang merangsang sel atau kesan anti oksida.
Namun begitu yang pasti, sel stem yang terbaik untuk manusia adalah sel stem manusia dan untuk merawat diri sendiri, sel stem terbaik adalah sel stem diri sendiri. Kini banyak klinik kecantikan menawarkan rawatan sel stem. Namun begitu ada yang memproses 10cc darah dan ada yang memproses sehingga 30 cc darah. Lagi banyak darah diproses, lagi banyak sel stem akan dihasilkan. Lagi banyak sel stem digunakan di dalam rawatan kecantikan, hasilnya pasti lebih memuaskan dan cantik.



Untuk penerangan dengan lebih lanjut,sila hubungi kami!!

SMS MARISSA (jarak) INFO ke 32828

Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484

Shah Alam : 03-55233505 / 013-388 1353

Bangi : 03-8928 9334/ 013-335 1353

Nilai : 012-358 5949

Melaka : 06-317 0412 / 013-228 1353

Kuantan : 017-358 1619 / 09-517 3561

WHATSAPP : 012-608 0159

WEBSITE : marissa-esthetic.com

FACEBOOK : Marissa Aesthetic

WEBSITE DR.RUSHMINI : drrushminimaris.com

PM kami terus untuk maklumat lanjut >>

www.facebook.com/messages/MarissaAestheticHQ

No comments:

Post a Comment