Thursday, October 22, 2015

PLATELET RICH PLASMA (PRP)




Penemuan terkini dunia perubatan dan kecantikan menyaksikan penggunaan darah sebagai alternatif semulajadi untuk meremajakan kulit dan mencantikkan penampilan diri seperti mana Botox.

Platelet Rich Plasma (PRP)

Teknik Platelet Rich Plasma (PRP) yang juga dikenali sebagai Vampire Filler itu semakin mendapat tempat dalam dunia perubatan kecantikan. Bukan itu saja, PRP turut diamalkan untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan mengatasi pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Tentu menarik menyelongkar kaedah terbaru yang turut tidak ketinggalan diamalkan di negara ini.

Pelopor penggunaan PRP dalam rawatan kecantikan, Dr. Julio F. Gallo merumuskan bahawa teknik terbaru itu sama seperti penggunaan filler kosmetik yang disuntik ke muka pesakit.

"Prosedur ini digelar vampire filler kerana kami menggunakan darah anda sendiri," kata Dr. Gallo yang berkhidmat dengan Institut Pengurusan Usia dan Intervensi di Miami.



Kandungan Darah

Darah terbina daripada sel-sel hidup. Terdapat 4 sel utama yang membina darah, iaitu :

1. Sel darah merah
2. Sel darah putih
3. Platelet
4. Plasma darah

Setiap sel mempunyai fungsi tersendiri dan merupakan struktur yang amat penting dalam perjalanan dan fungsi tubuh seorang manusia.

Sel darah merah, berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh, manakala sel darah putih pula merupakan sel hidup yang membantu melawan penyakit. Sel darah putih sangat aktif melawan bakteria dengan cara mengepung dan menelannya. Ia juga berupaya merembeskan bahan kimia tertentu bagi memusnahkan bakteria.

Platelet adalah sel-sel kecil dan paling seni yang penting bagi pembekuan darah. Selain itu, platelet turut mengeluarkan beberapa faktor lain yang penting bagi keperluan manusia.



Agen Penyembuhan

Apabila darah tidak cukup platelet sebagaimana terjadi kepada pesakit yang diserang denggi, maka perdarahan akan berlaku. Maka jelaslah kepada kita bahawa platelet juga mempunyai kepentingan dalam penyembuhan
.
Sifat platelet yang sebegitu telah lama dikaji oleh para saintis. Pada peringkat awalnya, penggunaan platelet sebagai agen penyembuhan digunakan oleh sekumpulan pakar pembedahan pergigian 20 tahun lalu di Eropah. Oleh kerana kejayaan yang lihat sangat memberangsangkan, maka pakar-pakar tulang turut menggunakannya bagi menyembuhkan tendon yang terkoyak.

Dalam bidang estetik, teknik tersebut turut digunakan melibatkan penggunaan plasma yang kaya dengan platelet. Ini kerana platelet adalah partikel kecil dalam darah yang mempunyai nilai estetik yang tinggi.




Kandungan Platelet

Platelet mengandungi :

1. Hormon Tumbesaran atau Growth Hormones (GH) dan sitokin (cytokines). GH yang Terlibat pada darah adalah:

2. Faktor rangsangan pertumbuhan kulit atau Epidermal Growth Factor (EGF).


Fungsi Growth Hormone

Fungsi GH antara lainnya adalah :

* Merangsang penyembuhan sel-sel

* Merangsang pembaharuan sel-sel

* Meningkatkan keupayaan sel

* Mengubah GF Beta yang merangsang pembentukan kolagen yang merupakan matriks kulit kita. Ia bertindak sebagai pemenuh ruang yang mana sel-sel saling bertautan. Ia juga memberi keanjalan kepada kulit. Apabila usia meningkat sudah tentu keupayaan kulit seseorang mengeluarkan kolagen akan berkurangan dan kulit mula tampak mengecut. Kehadiran platelet mampu membuatkan seseorang tampak lebih muda semula.

* Merangsang angiogenesis. Angiogenesis bermaksud pembentukan salur-salur darah baru. Apabila salur-salur darah kecil (kapilari) tidak dapat dihasilkan maka luka akan lambat sembuh. Hal ini terjadi kepada pesakit kencing manis sehingga menyebabkan luka lambat sembuh. Justeru aplikasi PRP dikatakan dapat membantu dan digunakan oleh para doktor bagi proses penyembuhan dalam kes-kes yang teruk.




Pelbagai Manfaat PRP

1) Rejuvenasi kulit

PRP digunakan bagi rejuvenasi kulit muka dan badan. Sebulan selepas suntikan PRP kulit akan lebih segar dan tampak lebih anjal berbanding sebelumnya. Kaedah ini sesuai bagi mereka yang berusia 40 tahun ke atas kerana pada peringkat ini, kulit mula mengalami kesan penuaan. Hormon yang berkurangan turut memburukkan keadaan menyebabkan seseorang tampak tua dan kaedah PRP mengembalikan semula keremajaan kulit seseorang.

2) Mengurangkan parut

Bagi yang mempunyai parut terutamanya parut jerawat pada muka, kaedah ini adalah baik sekali. Kebiasaannya doktor akan menggabungkan rawatan PRP dengan kaedah laser yang boleh membantu mendapatkan kesan maksimum. Pada mulanya wajah dibersihkan dan dipancarkan dengan laser. Selepas itu PRP dimasukkan ke bawah kulit. Keseluruhan prosedur akan mengambil masa 40 minit. Dalam tempoh 3 minggu barulah kita akan dapat merasa perubahan yang ketara.

3) Menghilangkan pigmentasi

Pigmentasi adalah cabaran terbesar bagi doktor dan pakar kecantikan. Pigmentasi terhasil disebabkan oleh gangguan pada sistem melanocyte kulit kita. Apabila melanocyte menjadi aktif ia mengeluarkan banyak pigmen yang dinamakan melanin. Melanin yang banyak dan berkelompok menyebabkan kulit tampak hitam dan kusam. PRP membantu menstabilkan aktiviti melanocyte. Ia membuatkan masalah pigmentasi menjadi terkawal.



4) Garis dan lekuk pada wajah

PRP juga boleh bertindak sebagai natural filler yang berupaya mengisi ruang pada garis dan lekuk di wajah kita. Untuk itu PRP akan diaktifkan dengan campuran kalsium sehingga berubah bentuk menjadi filler semulajadi. Filler bererti bahan atau matrik kulit yang mengisi wajah. Penuaan membuatkan garisan pada wajah menjadi ketara. Garis-garis ini akan membuatkan wajah tampak murung. Garisan di antara kening misalnya menjadikan kita tampak seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

5) Alopecia

Alopecia bermaksud kepala botak yang berkait rapat dengan faktor usia dan juga hormon pada badan. Seseorang yang mengalami alopecia sukar sembuh disebabkan hormon dan faktor-faktor pertumbuhan yang kurang. Kehadiran PRP membuatkan rambut mula tumbuh kembali.

6) Ulser diabetes

Apabila seseorang mengidap kencing manis atau diabetes, dia akan mudah mendapat luka dan luka yang terjadi juga lambat sembuh. Ini kerana pada sel-sel terdapat kurang faktor rangsangan sel endotelium yang mustahak bagi merangsang penyembuhan luka. Oleh kerana pesakit kencing manis mempunyai kadar gula yang tinggi di dalam tubuhnya, maka kuman juga mudah menyerang. Apabila terkena jangkitan kuman maka luka makin menjadi teruk. Antibiotik sangat mustahak bagi membunuh kuman dan pembersihan setiap hari perlu dibuat. Laser boleh digunakan untuk membunuh kuman di dalam luka. Apabila kuman sudah mati, luka tidak akan berbau lagi dan PRP boleh digunakan bagi merangsang penyembuhan.


 Untuk informasi lanjut sila klik disini 



Anda mahu kami di hubungi??
SMS MARISSA (jarak) INFO ke 32828

Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484
Shah Alam :  03-55233505 / 013-388 1353
Bangi : 03-8928 9334/ 013-335 1353
Nilai : 012-358 5949
Melaka : 06-317 0412 / 013-228 1353
Kuantan : 09-517 3561 / 017-358 1619
Kelantan : 09-788 2304 / 013-388 0987
WHATSAPP : 013-244 8484 / 012-608 0159
FACEBOOK : Marissa Aesthetic
PM kami terus untuk maklumat lanjut >>