Wednesday, February 22, 2017

Manfaat PRP

1) Rejuvenasi kulit
PRP digunakan bagi rejuvenasi kulit muka dan badan. Sebulan selepas suntikan PRP kulit akan lebih segar dan tampak lebih anjal berbanding sebelumnya. Kaedah ini sesuai bagi mereka yang berusia 40 tahun ke atas kerana pada peringkat ini, kulit mula mengalami kesan penuaan. Hormon yang berkurangan turut memburukkan keadaan menyebabkan seseorang tampak tua dan kaedah PRP mengembalikan semula keremajaan kulit seseorang.
2) Mengurangkan parut
Bagi yang mempunyai parut terutamanya parut jerawat pada muka, kaedah ini adalah baik sekali. Kebiasaannya doktor akan menggabungkan rawatan PRP dengan kaedah laser yang boleh membantu mendapatkan kesan maksimum. Pada mulanya wajah dibersihkan dan dipancarkan dengan laser. Selepas itu PRP dimasukkan ke bawah kulit. Keseluruhan prosedur akan mengambil masa 40 minit. Dalam tempoh 3 minggu barulah kita akan dapat merasa perubahan yang ketara.
3) Menghilangkan pigmentasi
Pigmentasi adalah cabaran terbesar bagi doktor dan pakar kecantikan. Pigmentasi terhasil disebabkan oleh gangguan pada sistem melanocyte kulit kita. Apabila melanocyte menjadi aktif ia mengeluarkan banyak pigmen yang dinamakan melanin. Melanin yang banyak dan berkelompok menyebabkan kulit tampak hitam dan kusam. PRP membantu menstabilkan aktiviti melanocyte. Ia membuatkan masalah pigmentasi menjadi terkawal.
4) Garis dan lekuk pada wajah
PRP juga boleh bertindak sebagai natural filler yang berupaya mengisi ruang pada garis dan lekuk di wajah kita. Untuk itu PRP akan diaktifkan dengan campuran kalsium sehingga berubah bentuk menjadi filler semulajadi. Filler bererti bahan atau matrik kulit yang mengisi wajah. Penuaan membuatkan garisan pada wajah menjadi ketara. Garis-garis ini akan membuatkan wajah tampak murung. Garisan di antara kening misalnya menjadikan kita tampak seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
5) Alopecia
Alopecia bermaksud kepala botak yang berkait rapat dengan faktor usia dan juga hormon pada badan. Seseorang yang mengalami alopecia sukar sembuh disebabkan hormon dan faktor-faktor pertumbuhan yang kurang. Kehadiran PRP membuatkan rambut mula tumbuh kembali.
6) Ulser diabetes
Apabila seseorang mengidap kencing manis atau diabetes, dia akan mudah mendapat luka dan luka yang terjadi juga lambat sembuh. Ini kerana pada sel-sel terdapat kurang faktor rangsangan sel endotelium yang mustahak bagi merangsang penyembuhan luka. Oleh kerana pesakit kencing manis mempunyai kadar gula yang tinggi di dalam tubuhnya, maka kuman juga mudah menyerang. Apabila terkena jangkitan kuman maka luka makin menjadi teruk. Antibiotik sangat mustahak bagi membunuh kuman dan pembersihan setiap hari perlu dibuat. Laser boleh digunakan untuk membunuh kuman di dalam luka. Apabila kuman sudah mati, luka tidak akan berbau lagi dan PRP boleh digunakan bagi merangsang penyembuhan.

Tuesday, May 24, 2016

VAMPIRE FILLER

VAMPIRE FILLER ?? apa itu vampire filler ?? vampire filler ialah gelaran bagi rawatan PRP ( Platelet Rich Plasma ). Rawatan PRP ini adalah untuk penyembuhan luka dan mengisi ruang-ruang kekosongan dalam kulit. ia juga mengatasi pelbagai masalah kesihatan yang laindan ia juga sebagai agen penembuh.

Apa yang PRP boleh rawat ??

# Rejuvenasi Kulit
# Mengurangkan parut
# Menghilangkan Pigmentasi
# Menghilangkan Garis Dan Lekuk pada Wajah
# Alopecia ( kebotakan pada kepala )
# Ulser Diabetes
# Anti Aging

Tunggu apa lagi , mesti nak cantik di hari raya nantikan maii booking laju-2... !!

boleh datang mana-2 cawangan Marissa Aesthetic...



Thursday, October 22, 2015

PLATELET RICH PLASMA (PRP)




Penemuan terkini dunia perubatan dan kecantikan menyaksikan penggunaan darah sebagai alternatif semulajadi untuk meremajakan kulit dan mencantikkan penampilan diri seperti mana Botox.

Platelet Rich Plasma (PRP)

Teknik Platelet Rich Plasma (PRP) yang juga dikenali sebagai Vampire Filler itu semakin mendapat tempat dalam dunia perubatan kecantikan. Bukan itu saja, PRP turut diamalkan untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan mengatasi pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Tentu menarik menyelongkar kaedah terbaru yang turut tidak ketinggalan diamalkan di negara ini.

Pelopor penggunaan PRP dalam rawatan kecantikan, Dr. Julio F. Gallo merumuskan bahawa teknik terbaru itu sama seperti penggunaan filler kosmetik yang disuntik ke muka pesakit.

"Prosedur ini digelar vampire filler kerana kami menggunakan darah anda sendiri," kata Dr. Gallo yang berkhidmat dengan Institut Pengurusan Usia dan Intervensi di Miami.



Kandungan Darah

Darah terbina daripada sel-sel hidup. Terdapat 4 sel utama yang membina darah, iaitu :

1. Sel darah merah
2. Sel darah putih
3. Platelet
4. Plasma darah

Setiap sel mempunyai fungsi tersendiri dan merupakan struktur yang amat penting dalam perjalanan dan fungsi tubuh seorang manusia.

Sel darah merah, berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh, manakala sel darah putih pula merupakan sel hidup yang membantu melawan penyakit. Sel darah putih sangat aktif melawan bakteria dengan cara mengepung dan menelannya. Ia juga berupaya merembeskan bahan kimia tertentu bagi memusnahkan bakteria.

Platelet adalah sel-sel kecil dan paling seni yang penting bagi pembekuan darah. Selain itu, platelet turut mengeluarkan beberapa faktor lain yang penting bagi keperluan manusia.



Agen Penyembuhan

Apabila darah tidak cukup platelet sebagaimana terjadi kepada pesakit yang diserang denggi, maka perdarahan akan berlaku. Maka jelaslah kepada kita bahawa platelet juga mempunyai kepentingan dalam penyembuhan
.
Sifat platelet yang sebegitu telah lama dikaji oleh para saintis. Pada peringkat awalnya, penggunaan platelet sebagai agen penyembuhan digunakan oleh sekumpulan pakar pembedahan pergigian 20 tahun lalu di Eropah. Oleh kerana kejayaan yang lihat sangat memberangsangkan, maka pakar-pakar tulang turut menggunakannya bagi menyembuhkan tendon yang terkoyak.

Dalam bidang estetik, teknik tersebut turut digunakan melibatkan penggunaan plasma yang kaya dengan platelet. Ini kerana platelet adalah partikel kecil dalam darah yang mempunyai nilai estetik yang tinggi.




Kandungan Platelet

Platelet mengandungi :

1. Hormon Tumbesaran atau Growth Hormones (GH) dan sitokin (cytokines). GH yang Terlibat pada darah adalah:

2. Faktor rangsangan pertumbuhan kulit atau Epidermal Growth Factor (EGF).


Fungsi Growth Hormone

Fungsi GH antara lainnya adalah :

* Merangsang penyembuhan sel-sel

* Merangsang pembaharuan sel-sel

* Meningkatkan keupayaan sel

* Mengubah GF Beta yang merangsang pembentukan kolagen yang merupakan matriks kulit kita. Ia bertindak sebagai pemenuh ruang yang mana sel-sel saling bertautan. Ia juga memberi keanjalan kepada kulit. Apabila usia meningkat sudah tentu keupayaan kulit seseorang mengeluarkan kolagen akan berkurangan dan kulit mula tampak mengecut. Kehadiran platelet mampu membuatkan seseorang tampak lebih muda semula.

* Merangsang angiogenesis. Angiogenesis bermaksud pembentukan salur-salur darah baru. Apabila salur-salur darah kecil (kapilari) tidak dapat dihasilkan maka luka akan lambat sembuh. Hal ini terjadi kepada pesakit kencing manis sehingga menyebabkan luka lambat sembuh. Justeru aplikasi PRP dikatakan dapat membantu dan digunakan oleh para doktor bagi proses penyembuhan dalam kes-kes yang teruk.




Pelbagai Manfaat PRP

1) Rejuvenasi kulit

PRP digunakan bagi rejuvenasi kulit muka dan badan. Sebulan selepas suntikan PRP kulit akan lebih segar dan tampak lebih anjal berbanding sebelumnya. Kaedah ini sesuai bagi mereka yang berusia 40 tahun ke atas kerana pada peringkat ini, kulit mula mengalami kesan penuaan. Hormon yang berkurangan turut memburukkan keadaan menyebabkan seseorang tampak tua dan kaedah PRP mengembalikan semula keremajaan kulit seseorang.

2) Mengurangkan parut

Bagi yang mempunyai parut terutamanya parut jerawat pada muka, kaedah ini adalah baik sekali. Kebiasaannya doktor akan menggabungkan rawatan PRP dengan kaedah laser yang boleh membantu mendapatkan kesan maksimum. Pada mulanya wajah dibersihkan dan dipancarkan dengan laser. Selepas itu PRP dimasukkan ke bawah kulit. Keseluruhan prosedur akan mengambil masa 40 minit. Dalam tempoh 3 minggu barulah kita akan dapat merasa perubahan yang ketara.

3) Menghilangkan pigmentasi

Pigmentasi adalah cabaran terbesar bagi doktor dan pakar kecantikan. Pigmentasi terhasil disebabkan oleh gangguan pada sistem melanocyte kulit kita. Apabila melanocyte menjadi aktif ia mengeluarkan banyak pigmen yang dinamakan melanin. Melanin yang banyak dan berkelompok menyebabkan kulit tampak hitam dan kusam. PRP membantu menstabilkan aktiviti melanocyte. Ia membuatkan masalah pigmentasi menjadi terkawal.



4) Garis dan lekuk pada wajah

PRP juga boleh bertindak sebagai natural filler yang berupaya mengisi ruang pada garis dan lekuk di wajah kita. Untuk itu PRP akan diaktifkan dengan campuran kalsium sehingga berubah bentuk menjadi filler semulajadi. Filler bererti bahan atau matrik kulit yang mengisi wajah. Penuaan membuatkan garisan pada wajah menjadi ketara. Garis-garis ini akan membuatkan wajah tampak murung. Garisan di antara kening misalnya menjadikan kita tampak seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

5) Alopecia

Alopecia bermaksud kepala botak yang berkait rapat dengan faktor usia dan juga hormon pada badan. Seseorang yang mengalami alopecia sukar sembuh disebabkan hormon dan faktor-faktor pertumbuhan yang kurang. Kehadiran PRP membuatkan rambut mula tumbuh kembali.

6) Ulser diabetes

Apabila seseorang mengidap kencing manis atau diabetes, dia akan mudah mendapat luka dan luka yang terjadi juga lambat sembuh. Ini kerana pada sel-sel terdapat kurang faktor rangsangan sel endotelium yang mustahak bagi merangsang penyembuhan luka. Oleh kerana pesakit kencing manis mempunyai kadar gula yang tinggi di dalam tubuhnya, maka kuman juga mudah menyerang. Apabila terkena jangkitan kuman maka luka makin menjadi teruk. Antibiotik sangat mustahak bagi membunuh kuman dan pembersihan setiap hari perlu dibuat. Laser boleh digunakan untuk membunuh kuman di dalam luka. Apabila kuman sudah mati, luka tidak akan berbau lagi dan PRP boleh digunakan bagi merangsang penyembuhan.


 Untuk informasi lanjut sila klik disini 



Anda mahu kami di hubungi??
SMS MARISSA (jarak) INFO ke 32828

Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484
Shah Alam :  03-55233505 / 019-396 3678
Bangi : 03-8928 9334/ 016-225 9334
Nilai : 012-358 5949
Melaka : 06-317 0412 / 013-338 6698
Kuantan : 09-517 3561 / 017-358 1619
Kelantan : 09-788 2304 / 013-388 0987
WHATSAPP : 013-244 8484 / 012-608 0159
FACEBOOK : Marissa Aesthetic
PM kami terus untuk maklumat lanjut >>



Sunday, September 6, 2015

PRP for Anti Aging


Platelet rich plasma (PRP) is a therapy that utilizes a patient’s own blood to stimulate a healing response within a damaged tissue or joint. This form of therapy takes cutting edge technology and combines it with the body’s natural ability to heal itself.

PRP is made by taking a small sample of a patient’s own blood and spinning the sample in a centrifuge for fifteen minutes. This process concentrates platelets and white blood cells in what is called a “buffy coat” that is extracted and delivered to the injured area. Growth factors in the platelets recruit and produce cells necessary for healing.

Although blood is mainly a liquid (called plasma), it also contains small solid components (red cells, white cells, and platelets.) The platelets are best known for their importance in clotting blood. However, platelets also contain hundreds of proteins called growth factors which are very important in the healing of injuries.

PRP is plasma with many more platelets than what is typically found in blood. The concentration of platelets and, thereby, the concentration of growth factors can be 5 to 10 times greater (or richer) than usual.

To develop a PRP preparation, blood must first be drawn from a patient. The platelets are separated from other blood cells and their concentration is increased during a process called centrifugation. Then the increased concentration of platelets is combined with the remaining blood.

This cutting-edge rejuvenation treatment is a quick 20-30 minute procedure. A small amount of blood is drawn from the patient and placed in a sterile tube. Whilst the patient waits, it is spun down in a centrifuge at a pre-calculated speed for 5 to 10 minutes to separate the different components of the blood.

Red and white blood cells are divided from the platelets and the plasma (the clear fluid). This plasma now contains a higher than normal number of precious platelets, nearly fivefold. The separated platelets are then activated with calcium chloride, to release more growth factors.


The treatment is ideal for individuals looking for gradual but noticeable improvement in skin texture, tone and colour with minimal downtime. The results give you a fresher and healthier appearance.











It can be used on all skin types and colours. It helps eliminating skin wrinkles, rejuvenating the skin, improves the appearance in those with acne scarring, and hastens the healing process after a facial peel. It also appeals to patients who are looking for a natural approach to volumise the face.

Common areas where it is used include sun-damaged and prematurely aged skin on cheeks and mid-face, jaw line, sagging skin on the neck, back of the hands and d├ęcolletage.

For best results, up to three treatments, 4-8 weeks apart, with top ups at around 12 months are recommended. Improvement in the skin texture is noticeable within the first month while full collagen regeneration takes 3 months. The improvements continue over the next 12 months, as new collagen production continues to improve the overall appearance of the dermis. The effects last for a variable period ranging from 18 months to 2 years.

The potential benefits of PRP have led to a recent widespread interest in its use for anti-aging and regenerative purposes. The healing properties of the blood components in PRP can be used as a cosmetic treatment for the following:
· Reducing fine lines and wrinkles
· Tightening and toning skin
· Mild collagen and volume loss
· Crow’s feet and dark under eye circles
· Acne scarring
· Rosacea

Within a few weeks of treatment, an overall improvement in skin hydration, texture and tone can be seen. New collagen and blood vessels begin to grow after three to six weeks, and reduction of fine lines and wrinkles and volume correction happens over the next three to six months. The effects of PRP can last 12 months to two years, depending on the individual. While it creates a longer-lasting effect in the skin, it does take time to work. For women looking for an immediate effect, PRP can be combined with hyaluronic acid fillers for quick volume correction. Fillers provide a matrix for building new collagen and can be used to accelerate and sustain the benefits of PRP.

Cosmetic wants and needs are unique to every woman and should be addressed individually. Often, women are looking for a refreshed, rejuvenated and youthful appearance without looking frozen or over-plumped, without aggressive surgery, chemicals or toxins. This can be done with the right combination of proper diet and lifestyle, skincare products and carefully chosen cosmetic procedures.

Some age-related concerns respond better to PRP, while others respond better to hyaluronic acid fillers, peels or laser resurfacing techniques. The effects of all these treatments are enhanced by using them together, in the right way, under the guidance of the right skincare team. Women and men of all ages can benefit from PRP.

Prior to the PRP procedure, a consultation is done to assess cosmetic needs and determine the best combination of treatments to achieve the desired result. A simple blood collection is done and processed immediately in a special centrifuge. This concentrates and separates the platelet-rich plasma from the rest of the blood. After numbing the area being treated, the PRP is injected or reapplied to the skin using a micro-needling device. Proper after-care and follow-up is done as a part of all treatments.

PRP is a simple and safe procedure. The most common side effects are mild swelling and bruising that may last three to seven days. Because the PRP is extracted from your own blood, there is no risk of disease transmission, allergic or immune reaction. As with all cosmetic procedures, however, there are certain health conditions, such as autoimmune and blood disorders, that may limit its use. There is exciting potential for the use of PRP in regenerative, anti-aging and cosmetic medicine. It is a safe, effective and natural way of harnessing the healing power of your own blood to help reverse the signs of aging. As part of an integrated approach to skincare that addresses both internal and external factors, PRP can be your natural fountain of youth.



more information about PRP @


click our link to review our new website all about beauty and health @



For your further information, lets Us call You…

SMS MARISSA (space) INFO to 32828


Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484

Shah Alam : 019-396 3678 /  03-55233505
Bangi : 03-8928 9334/ 016-225 9334

Nilai : 012-358 5949

Melaka : 06-317 0412 / 013-338 6698

Kuantan : 017-358 1619 / 09-517 3561

Kota Bharu : 013 3880987

WHATSAPP : 012-608 0159

WEBSITE : marissa-esthetic.com

FACEBOOK : Marissa Aesthetic






Thursday, August 13, 2015

Hilangkan kedutan dengan PRP

Pletelet Rich Plasma (PRP)?
Penemuan perubatan terkini telah menemukan sejenis perawatan yang  semula jadi untuk memulihkan kesakitan & kecederaan yang dikenali sebagai  Terapi Platelet Rich Plasma (PRP). Terapi PRP adalah selamat dan efektif dalam merawat pelbagai jenis kecederaan  kulit, otot, tendon dan tulang. Terapi ini sesuai  bagi pesakit yang ingin mencuba alternatif selain pembedahan. Rawatan PRP adalah bebas dadah dan menjanjikan tempoh penyembuhan yang lebih singkat.

Terapi PRP menggunakan larutan plasma kaya platelet yang diambil dari sedikit darah pesakit . Platelet dalam darah kita berfungsi membebaskan protein penyembuhan yang dikenali sebagai ‘Growth Factor’. Secara terkumpul, growth factor akan mempercepatkan penyembuhan kecederaan & tisu rosak.  Ia meransang proses pemulihan & generasi di kawasan yang menerima rawatan. Oleh itu, penyembuhan mengambil masa yang lebih singkat semulajadi dan bebas risiko.

Terapi PRP adalah popular di antara kalangan ahli sukan kerana ia menjanjikan penyembuhan yang lebih singkat tanpa pembedahan yang berisiko tinggi. Antara ahli sukan yang menjalani Terapi PRP adalah seperti Tiger Woods,Pittsburgh Steelers, Hines Ward dan Troy Palomalu.




pletelet rich plasma PRP

Mengapa Terapi PRP?
Tubuh badan kita mempunyai keupayaan yang menakjubkan untuk memulihkan dirinya sendiri. Apabila berlaku sebarang kecederaan, proses penyembuhan semulajadi akan berlaku bagi  membaiki tisu-tisu yang rosak. Tubuh akan memberikan isyarat supaya platelet dan komponen lain di dalam darah  membaiki kulit, tulang dan tisu-tisu lain yang mengalami kecederaan.

Walaupun begitu, ada kecederaan  yang mendapat halangan untuk sembuh kerana kekurangan peredaran darah ke bahagian tersebut.

Dengan kemajuan dalam perubatan, terapi PRP  mampu mengekstrak larutan plasma tinggi platelet  dan memberikannya terus ke  tempat yang ingin di rawat dengan menyuntik larutan platelet  yang diambil dari darah pesakit, ia akan mengandakan keupayaan tubuh badan untuk sembuh.

Terapi PRP Dalam Kecantikan

Teknik Terapi PRP yang memasukkan larutan kaya plaletlet / growth factor bantu mempercepatkan pemulihan tisu-tisu yang rosak.  Terapi ini mampu merawat kedutan dan kesan parut pada kulit. Dengan menjalani terapi ini, kulit akan kembali tegang, halus dan kesan parut beransur cerah. Pesakit akan tampak lebih muda degan kulit yang kembali remaja. Terapi ini juga dikenali sebagai ‘Vampire Facelift’ di Hollywood dan mendapat sambutan hangat di antara kalangan aktres dan sosialit di sana seperti Angelina Jolie dan Kim Kardashian. Terapi PRP juga boleh meransang penumbuhan rambut baru bagi pesakit yang mengalami masalah keguguran rambut.


Untuk mendapatkan segala informasi atau rawatan sila hubungi kami!!

SMS MARISSA (jarak) INFO ke 32828

Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484

Shah Alam : 019-396 3678 /  03-55233505

Bangi : 03-8928 9334/ 016-225 9334

Nilai : 012-358 5949

Melaka : 06-317 0412 / 013-338 6698

Kuantan : 017-358 1619 / 09-517 3561

WHATSAPP : 012-608 0159

WEBSITE : marissa-esthetic.com

FACEBOOK : Marissa Aesthetic

WEBSITE : Dr Rushmini

PM kami terus untuk maklumat lanjut:

www.facebook.com/messages/MarissaAestheticHQ